MGG3601
Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetiaan Kepada
UMNO (MGG:
Felcra Settlers Must Prove Loyalty To UMNO) Ketua
Meneri Melaka, Dato Wira Ali Rustam telah memberi ingatan kepada para
peneroka Felcra Sri Mendapat di Merlimau. Para peserta yang sudah menunggu 16
tahun untuk mendapatkan geran tanah
mereka, perlu mengharungi satu
halangan lagi. Mereka mesti berterimakasih kepada UMNO (sila lihat The Sun
Sunday, 04 Februari, m.s. 13). Setiap peserta mesti membayar RM2,500
sebagai bayaran premium terlebih dulu. “Mereka mesti tahu
bersyukur dan tidak melupakan segala
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN. Para peneroka mesti membuktikan
sokongan kepada kita sebagai tanda penghargaan mereka dan tidak menyokong
parti pembangkang.” Dia berkata, penantian 16 tahun itu adalah satu perkara
istimewa: peserta Felcra Kampung Tun Razak terpaksa menanti 35 tahun sebelum
menerima geran mereka, kerana itulah tempoh masanya mereka perlukan untuk
mengumpulkan wang premium yang dimestikan. Tetapi,
para peneroka rancangan kelapa sawit itu memang tidak mampu membayar premium
yang dimestikan. Ramai yang sudah berusia menjangkau lima puluhan, ada juga
yang berusia enam puluhan dan lebih tua lagi. Mereka terpaksa menggaji
pekerja kontrak untuk mengerjakan ladang mereka. Di kebanyakan rancangan
Felcra dan Felda, hanya golongan tua
yang tinggal kerana yang muda sudah lama pergi mencari rezeki lain.
Menggunakan tenaga kontrak memang tidak menguntungkan. Ia memerlukan RM120
untuk menggaji buroh luar yang mampu mengeluarkan hasil bernilai RM100. Pihak
berkuasa selalu mengabaikan kesulitan
para peneroka dan mentadbir mereka dengan kuku besi. Terpaksalah para peserta
mengadu kepada pihak lain yang besimpati dengan mereka. Selalunya pihak
pembangkang, terutama sekali PAS. Dalam pemilu 1995 peserta Felcra Sri
Pendapat memberikan 38 undi kepada pihak pembangkang. Pada 1999, undi mereka
naik melonjak kepada 238. Itu sebabnya peneroka Felcra Sri Mendapat mesti
didera dan akan terus didera. Dua
puluh lima tahun dulu saya pernah melawat Kampung LBJ, satu rancangan Felda
di Negri Sembilan yang mengambil nama Pesiden Amerika yang melawatnya satu dekad sebelum itu. Gelagat pegawai
yang mengirinig saya itu memperlekehkan para pesera laksana anak-anak
sehinggakan usaha mereka memihak kepada PAS memang sudah dapat diramalkan.
Apabila rancangan FELDA diwartakan untuk pembangunan seperti pembangunan
Putrajaya, dan kalau mereka layak menerima pampasan melebihi. satu juta
setiap seorang peneroka, mereka kerap sangat ditipu. Hanya segelintir yang
telah menerima apa yang menjadi hak mereka. Kerajaan memang pandai menaikkan
harapan mereka dan lebih pandai melupakan mereka kalau janji-janji yang
diucapkan itu tidak dapat ditepati. Sikap memperlekehkan para peserta ini membuatkan pegawai UMNO di akar umbi turut
marah terhadap kerajaan. Dato
Ali Rustam mahukan pesera Felcra di
Melaka terus bersyukur kepada UMNO kerana mengizinkan mereka terus kerugian.
Para peneroka Felda dan Felcra memang telah lama dirantai. Ketika pendapatan
mereka naik lumayan, kadar bayar balik hutang dinaikan lagi. Kalau pendapatan
itu turun daripada tahap yang ditentukan, mereka dikenakan membayar hutang juga. Sebagai petani merka kerap
diarahkan melakukan sesuatu yang tidak munasabah, tetapi mereka tidak ada
altenatif untuk memilih. Saya
masih ingat bagaimana para peneroka di satu rancangan diarahkan menanam hanya satu jenis sayuran sebagai tanaman kontan. Hasil
tanaman itu telah membuatkan harga sayoran terus merudum kerana terlalu
banyak. Rancangan itu turut merudum sama, para peserta dipersalahkan. Sepatutnya mereka telah diberikan peluang
lebih awal lagi memilih apa juga jenis yang mereka suka tanam. Teapi, pihak
pengurusan membuat pilihan untuk menanam hanya satu jenis untuk dipasarkan
kerana pihak pengurusan fikir dapat menjanjikan harga jualan yagn tinggi.
Inilah puncanya bagaimana kerajaan secara tidak sedar membuatkan para
perserta itu menjadi penyokong kuat parti pembangkang. Satu kesilapan
besar yang terdapat di rancangan
Felcra dan Felda itu ialah pengamblan peserta ketika usia sudah lanjut.
Mereka diambil ketika di hujung 40 tahun hinggalah yang berusia 60
tahun. Harga
kelapa sawit merupakan masalah yang lebih besar lagi. Tuaian buah tidak boleh
dilakukan oleh peserta secara bersendirian. Pengurusan rancangan Felda
melakukannya bagi pihak peserta dan segala kerugian terpaksa ditanggung oleh
peserta juga. Kerugaian itu bukan ditanggun oleh peserta sahaja. Kos
menghasilkan minyak sawit di Malaysia adalah sekitar RM750 se tan.
Harga pasaran dunia adalah lebih rendah daripada itu. India pernah membuat
perjanjian ‘barter’ dengan membeli minyak sawit Indonesia dengan membayar
secara membekalkan kelengkapan pertahanan. Malaysia beranggapan sikap itu
boleh mengurangkan stokpail minyak sawit yang ada. Malangnya Perdana Meneri
India, Mr. Atal Bihari Vajpayee, telah menangguhkan lawatannya ke Malaysia
(gara-gara gempa bumi di Bhuj - penterjemah). Inilah yang membuatkan Dato’ Seri
Lim Kheng Yaik, Ketua jurujual minyak sawit merasa hampa. Malaysia
memang berusaha mencari jalan untuk mengurangkan stokpail minyak sawit,
termasuk membuat penyelidikan
menukarnya menjadi bahan bakar seperti disel. Kesannya kepada kerajaan
memang agak serius. Perbadanan
Nasional Berhad (PNB) mudah mengisytiharkan dividen yang tinggi, walaupun ia
tidak difikirkan perlu, kerana harga minyak sawit yang sedang naik. PNB
mempunyai kawaan ladang kelapa sawit yang besar di negara in. Apabila PNB
kerugian, bagaimanakah ia mampu menyogok orang Melayu dengan dividen yang
tinggi agar mereka terus bersyukur kepada UMNO? Lebih-lebih lagi apabila orang Melayu itu kerap ditipu
dan tertipu kalau mereka menjadi peserta rancangan? Sejak bilakah mereka
diberitahu agar terus bersyukur kepada UMNO kerana keistimewaan untuk terus
diperdayakan itu? -MGG
Pillai- 6
Februari,2001. Terjemahan
MT |